Kelab Bola Sepak United Plantations Berhad-MyTeam, atau
UPB-MyTeam FC,
adalah merupakan pasukan telah ditubuhkan dari sekumpulan pemain dari
pelbagai latar belakang yang dikumpulkan bersama oleh bekas pemain
kebangsaan Malaysia,Sarbeth Singh.
 |
UPB-My Team terpaksa dibubarkan akibat masalah kewangan |
 |
Pasukan UPB-My Team |
MyTeam mengambil bahagian dalam perlawanan pertunjukan menentang
pasukan kebangsaan Malaysia pada
28 Mei 2006. Walaubagaimanapun MyTeam tewas 1-2. MyTeam kemudiannya dijemput untuk menyertai
Liga Perdana Malaysia bagi musim 2007.
Idea
Ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan DJ radio Jsson Lo
adalah orang-orang di sebalik tabir pembentukan MyTeam. Ideanya adalah
untuk mendapatkan 22 pemain bukan profesional yang dipilih daripada
ujian pemilihan yang diadakan merentas Malaysia bagi bertanding
merentasi skuad kebangsaan Malaysia kita.
Idea ini telah diwar-warkan sebagai satu revolusi
bola sepak tempatan
dan satu kempen media besar-besaran telah dilancarkan untuk menarik
minat di kalangan muda-mudi untuk mencungkil bakat mereka. Perlancaran
program ini telah dilakukan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur .Ramai
pemain pemain berjaya dihasilkan seperti Norshahrul Idlan Talaha,Shakir
Shaari,Syed Adney.
 |
Shakir Shaari yang kini antara pemain tengah terbaik setakat ini |
|
|
 |
Norshahrul Idlan kini bermain untuk Johor Darul Takzim |
Saya
berharap agar UPB-My Team FC akan ditubuhkan semula agar dapat memeriahkan lagi Liga Malaysia.