Isnin, 28 Januari 2013

UPB-My Team FC

Kelab Bola Sepak United Plantations Berhad-MyTeam, atau UPB-MyTeam FC, adalah merupakan pasukan telah ditubuhkan dari sekumpulan pemain dari pelbagai latar belakang yang dikumpulkan bersama oleh bekas pemain kebangsaan Malaysia,Sarbeth Singh.
UPB-My Team terpaksa dibubarkan akibat masalah kewangan
Pasukan UPB-My Team
MyTeam mengambil bahagian dalam perlawanan pertunjukan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 28 Mei 2006. Walaubagaimanapun MyTeam tewas 1-2. MyTeam kemudiannya dijemput untuk menyertai Liga Perdana Malaysia bagi musim 2007.

Idea

Ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan DJ radio Jsson Lo adalah orang-orang di sebalik tabir pembentukan MyTeam. Ideanya adalah untuk mendapatkan 22 pemain bukan profesional yang dipilih daripada ujian pemilihan yang diadakan merentas Malaysia bagi bertanding merentasi skuad kebangsaan Malaysia kita.
Idea ini telah diwar-warkan sebagai satu revolusi bola sepak tempatan dan satu kempen media besar-besaran telah dilancarkan untuk menarik minat di kalangan muda-mudi untuk mencungkil bakat mereka. Perlancaran program ini telah dilakukan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur .Ramai pemain pemain berjaya dihasilkan seperti Norshahrul Idlan Talaha,Shakir Shaari,Syed Adney.

Shakir Shaari yang kini antara pemain tengah terbaik setakat ini


Norshahrul Idlan kini bermain untuk Johor Darul Takzim
Saya berharap agar UPB-My Team FC akan ditubuhkan semula agar dapat memeriahkan lagi Liga Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan